TERMA & SYARAT


TERMA DAN SYARAT BUTIK PENGANTIN DANIA

Terma & Syarat 
Tempahan Perkhidmatan Dekorasi Perkahwinan / Solekan Pengantin

1.           Bayaran pendahuluan (deposit) boleh dibuat sejurus selepas kedua-dua pihak (BUTIK PENGANTIN DANIA) dan pelanggan bersetuju dengan sebut harga yang dikeluarkan. Tiada tempoh minimum / maksimum untuk perkara ini.
2.           Bayaran baki daripada jumlah sebut harga (quotation) yang telah dipersetujui perlu diselesaikan dalam tempoh 3 minggu – 1 minggu daripada tarikh majlis/ perkhidmata .
3.           Kami tidak membenarkan pembayaran baki selepas tarikh majlis selesai.
4.           Kadar bayaran deposit adalah sebanyak 30%  daripada jumlah sebut harga (quotation) yang telah dipersetujui untuk pengesahan tempahan.
5.           Sekiranya bayaran pendahuluan (deposit) tidak dibuat dan tempahan masih belum dapat disahkan, pihak kami berhak untuk mengambil tempahan daripada pelanggan lain walaupun pada tarikh yang sama. SEBARANG PERJANJIAN SECARA LISAN TIDAK DIKIRA.
6.           Wang pendahuluan (deposit) tidak akan dipulangkan sekiranya pelanggan membatalkan tempahan atas sebab-sebab pelanggan sendiri disaat-saat akhir. (Tiada had minimum untuk perkara ini).
  1. Sekiranya pihak BUTIK PENGANTIN DANIA perlu membuat sebarang perubahan harga (bergantung kepada perubahan harga semasa dan juga harga pembekal) selepas pembayaran deposit dibuat, perkara ini akan dibincangkan dan mendapat pengesahan kedua belah pihak iaitu  BUTIK PENGANTIN DANIA  dan pelanggan.
8.           Pelanggan TIDAK DIBENARKAN membuat pembatalan pakej dan juga mengurangkan harga pakej setelah pembayaran deposit telah dibuat. 
  1. Sekiranya pihak pelanggan terpaksa menukarkan tarikh majlis (tempahan perkhidmatan BUTIK PENGANTIN DANIA) pihak kami hanya membenarkan penukaran tarikh sebanyak 1 kali sahaja dengan kadar bayaran RM100 dan sekiranya tarikh tersebut telah penuh maka TIADA PULANGAN WANG PENDAHULUAN.
10.        Setiap sebut harga (quotation) yang kami tawarkan atau keluarkan kepada setiap pelanggan hanya layak untuk tempahan dalam tempoh 1 bulan sahaja. Sekiranya ia telah melebihi tarikh sebut harga itu dikeluarkan, secara automatik ia akan terbatal dan pelanggan akan menerima harga yang baru.
11.        Caj tambahan pengangkutan dan penginapan (jika perlu) akan dikenakan kepada pelanggan yang membuat tempatan diluar kawasan kuala lumpur . Harga tersebut bergantung kepada jarak tempat dan kawasan .


Sewaan Peralatan / Pakaian Pengantin

  1. Pihak BUTIK PENGANTIN DANIA  akan mengenakan caj wang cagaran keatas peralatan yang disewa, sekiranya peralatan yang disewa dipulangkan, wang cagaran akan dipulangkan semula kepada pelanggan. Caj cagaran adalah bergantung kepada peralatan yang disewa.
2.           Sekiranya ada kerosakan yang didapati pada peralatan yang disewa, pihak kami akan mengenakan caj ganti rugi ikut pada jenis kerosakan.
3.           Pihak pelanggan perlu menyerahkan baju yang disewa kepada butik pengantin dalam tempoh 2 hari selepas majlis berlangsung. Proses penghantaran perlu diuruskan oleh pelanggan sendiri. Sekiranya penghantaran dibuat melebihi tempoh yang ditetapkan penalty RM100akan dikenakan.
4.           Sekiranya pelanggan ingin menyewa peralatan perkahwinan, deposit akan diambil bergantung pada jenis barang yang ingin disewa.Jika pelanggan menghantar semula barangan tersebut dalam keadaan yang baik, bayaran deposit akan dipulangkan semula dan hanya caj sewa akan dikenakan.
5.           Pihak kami akan mengemas segala dekorasi di majlis pelanggan selepas majlis berlansung. Kami tidak membenarkan dekorasi ditinggalkan di majlis pelanggan selepas majls berlansung.
6.           Jika pelanggan ingin dekorasi ditinggalkan lebih 1 hari. Caj RM200 / sehari akan dikenakan . Sebarang perubahan akan diberitahu jika terdapat sebarang masalah yang tidak dapat dielakkan.


Maklumat Pembayaran

  1. Pembayaran deposit boleh dibuat menerusi akaun  CIMB akaun akan diberikan selepas anda bersetuju untuk membuat tempahan bersama dengan pihak BUTIK PENGANTIN DANIA. Maklumat akaun bank BUTIK PENGANTIN DANIA adalah seperti berikut : NOORASHIKIN : CIMB 14380081977520
  2. Pihak pelanggan perlulah memberikan butiran pembayaran seperti (tarikh & waktu bayaran / lokasi bayaran @ cara bayaran / jumlah bayaran & no resit ) sebagai bukti pembayaran kepada pihak BUTIK PENGANTIN DANIA.
  3. Pihak BUTIK PENGANTIN DANIA akan menghantar slip pengesahan tempahan melalui emel anda selepas pembayaran diterima.
4.           Maklumat Jadual Temujanji (untuk pelanggan yang mengambil perkhidmatan tempahan pakaian atau pakej penuh).
5.           Jadual temujanji adalah seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah :
Temujanji 1 : Perbincangan mengenai perkhidmatan yang diperlukan. Sebutharga (qoutation) 
                       akan disediakan dalam tempoh seminggu dan dihantar melalui email kepada 
                       pelanggan.
Temujanji 2 : Perbincangan kedua.
Temujanji 3 : Fitting Baju 1
Temujanji 4 : Fitting Baju 2
Temujanji 5 : Final Fitting  / Pelanggan mengambil baju tang ditempah / sewa.

Sebarang temujanji tambahan atas permintaan pelanggan akan dikenakan kadar sebanyak RM50 / 1 jam

Maklumat Am
1.           Pelanggan perlu mematuhi dan memahami bersetuju dengan terma & syarat yang diberikan.
2.           Pihak kami akan berhak untuk mengambil tindakan sekiranya pihak pelanggan tidak mengikuti terma & syarat yang telah ditetapkan.


** Pihak kami berharap, pihak pelanggan dapat menghormati segala terma&syarat yang telah ditetapkan.Butiran pada terma & syarat akan berubah jika terdapat sebarang perubahan dari masa kesemasa **

No comments:

Post a Comment

BUTIK PENGANTIN DANIA © . Designed by MaisarahSidi.com