KOLEKSI REKAAN INAI

KOLEKSI REKAAN INAI

PACKAGE INAI APA-APA DESIGN SIMPLE OR FULL

FULL PACKAGE LUKISAN INAI TANGAN & KAKI = RM180
TANGAN SAHAJA=RM150
*TERTAKLUK KEPADA TERMA & SYARAT



LUKISAN INAI

LUKISAN INAI




Setelah membaca beberapa aritikel yang menyatakan kemusykilan berkaitan inai berukir, ingin saya perjelaskan perbezaan antara inai dan tatoo. Kedua-dua benda ini adalah sangat berbeza sama sekali. Inai merupakan sejenis bahan. Dari segi bahasa inai bermaksud bahan yang digunakan untuk memerahkan kuku, jari dan anggota badan. Dalam bahasa Arab inai dipanggil Al-Hinnaa' atau henna. Pemakaian inai seolah-olah menghiaskan diri dengan bahan yang dipakai, sama seperti memakai perhiasan aksesori di tubuh seorang wanita. Inai tidak akan berkekalan selamanya ditubuh kita. 

"Hukum memakai inai bagi kaum wanita adalah diharuskan. Namun hanya sekadar di tangan hingga ke pergelangan tangan sahaja, dan tidak melukis/mencorak dengangambar/lukisan yang dilarang seperti haiwan, logo yang berkaitan dengan ajaran yang sesat atau sebagainya.
Perlu diingatkan, lelaki adalah dilarang (haram) memakai inai sekiranya untuk perhiasan diri. Ia hanya untuk hiasan diri kaum wanita sahaja. Jika untuk perubatan(cagu/sakit kuku), ia dibolehkan. Wallahu ‘alam.." 
<--Isu ini diambil dari forum pertanyaan JAKIM 

Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadith riwayat abu dawud) 

Hadith ini digalakkan rasulullah saw menyuruh kaum wanita utk memakai inai pada tgn utk membezakan antara lelaki dan perempuan.

PEMBETULAN SALAHFAHAM KENYATAAN MUFTI PERLIS

Telah berlaku kesilapan faham kenyataan saya oleh sesetengah pihak berhubung dengan penggunaan inai sebagai lukisan diri wanita terutama semasa perkahwinan dan selainnya. Di sini saya jelaskan seperti berikut;

1. Hukum asal perhiasan tubuh wanita adalah diizinkan syarak selagi tiada dalil yang melarangnya, ini termasuklah menggunakan inai.

2. Hanya warna yang bersifat kekal sahaja yang dilarang ini seperti tatoo, kerana itu washimah seperti yang disebut dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim: “Nabi s.a.w melarang pembuat tatoo dan yang minta ditatookan”. Maka dengan itu, sebarang lukisan yang tidak kekal termasuk inai tidak termasuk dalam larangan tersebut.

3. Namun begitu, jika lukisan itu menggambarkan ciri-ciri yang buruk seperti perlambangan bagi sesuatu ajaran sesat, atau kumpulan jahat atau seumpamanya, maka itu adalah dilarang oleh Islam. Ini kerana Islam mementing penampilan diri yang dibersih dari penonjolan unsur-unsur negatif dan jahat. Sabda Nabi s.a.w “Bukan dari kalangan kita sesiapa yang meniru selain kita” (Riwayat al-Tirmizi, sahih). Juga sabda baginda: “Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia di kalangan mereka” (Riwayat Abu Daud, sahih).

4. Apa-apa sahaja perhiasan diri wanita yang boleh menambat hati suami dan mengeratkan hubungan rumah tangga adalah digalakkan oleh syarak termasuk inai dan mewarnakan rambut.

Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin


Keratan seterusnya diperoleh daripada soal jawab dari JAKIM:

Kemusykilan #1
Soalan :
Assalamu'alaikum wbt,
Saya ada satu kemusykilan berkenaan dengan hukum iaitu apakah hukumnya memakai inai yang bercorak dan berukir? Setelah merujuk pada laman web JAKIM, memakai inai yang biasa diharuskan hukumnya. Tetapi bagaimana pula hukum bagi memakai jenis inai yang bercorak dan berukir? Terima kasih. .
Jawapan :
Waalaikumussalam,
Harus memakai inai bercorak dan berukir seperi corak bunga bagi pengantin perempuan tetapi dengan syarat tidak bercorak haiwan atau benda-benda hidup

Kemusykilan #2
Soalan :
Apakah hukumnya memakai inai berukir seperti trend pengantin sekarang?.
Jawapan :
Hukum memakai inai berukir harus bagi wanita,dengan syarat ukiran inai tersebut tidak menyerupai benda-benda hidup..

Kemusykilan #3
Soalan :
Assalamualaikum.Saya ada kemusykilan mengenai pemakaian inai di tangan.Saya seorang pelukis inai(henna) untuk pengantin.Saya ada terbaca artikel bertarikh 8/5/2007 di dalam website ini,pihak JAKIM mengatakan bahawa harus memakai inai di tangan kerana ia bukan menyerupai tatu.Saya juga ada terbaca surat khabar mingguan malaysia bertarikh 10/2/2008 di muka hadapan pemakaian inai ala tatu dilarang.Soalan saya disini,adakah memakai inai yang dilukis di tangan itu diharamkn sama sekali walaupun ia bercorak bunga ( corak arabic) bukan bercorak binatang atau haiwan cthnya seperti gambar yang disiarkan di dalam mingguan malaysia itu.Saya risau selagi tidak mendapatkan kepastian dari pihak JAKIM.Terima kasih .
Jawapan :
Waalaikumussalam, memakai inai atau mengukir inai di tangan pengantin perempuan diharuskan dengan syarat bukan bercorak benda-benda hidup..

Rujukan: JAKIM


Banyak artikel yang dah saya baca mereka sering kaitkan inai dengan tatoo. Tatoo merupakan sejenis alat, sejenis hiasan yang ditusuk ditubuh dan berkekalan. Pemakaian tatoo salah disisi agama Islam kerana menghalang pengaliran wuduk dan menyakitkan si pemakai. Keratan seterusnya pula, saya peroleh dari sumber yang bernas mengenai tatoo.. Silalah baca untuk mengatahui dengan lebih terperinci ye..

Tatu ialah tanda ukiran pada tangan, muka atau bahagian lain pada badan dan ia bukan adat resam Melayu. Ia adalah pengaruh budaya asing, sesetengahnya baik lelaki mahupun wanita membuat tatu pada bahagian badan mereka.

Bagi mendapatkan tatu, kulit badan biasanya dicucuk dengan jarum atau seumpamanya sehingga keluar darah, kemudian ditabur di atas badan yang dicucuk jarum itu dengan nila atau lain-lain bahan supaya tempat itu menjadi biru atau seumpamanya.

Tujuan bertatu biasanya kerana suka-suka untuk tujuan perhiasan, malah tidak kurang yang melakukannya kerana amalan budaya dalam suku kaum mereka dan melambangkan persembahan agama seperti orang Kristian mengukir lambang salib pada bahagian badan mereka.

Perbuatan itu termasuk juga mengubah ciptaan Allah dan ia adalah haram. Banyak hadis menerangkan Allah dan Rasul-Nya melaknat orang yang melakukan tatu.

"Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma sesungguhnya Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang menyambung rambutnya, yang minta disambungkan, yang menyucuk kulit badan dengan jarum (bertatu) dan yang minta dibuatkan tatu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zaharuddin Abd Rahman, dalam tulisannya menegaskan, perbuatan yang buruk itu menjadi semakin besar pengharamannya apabila ia dilakukan dengan menyeksa dan menyakiti badan, iaitu dengan menusuk-nusuk jarum pada badan orang yang ditatu itu.

"Semua ini menyebabkan laknat, baik terhadap yang mentatu atau orang yang minta ditatu," katanya.

Fatwa dikeluarkan kerajaan Brunei menjelaskan, bagi golongan terbabit (yang melakukan tatu) wajib menghilangkan kesan tatu itu jika diperoleh cara yang selamat dan tidak memudaratkannya.

"Jika tidak dapat dihilangkannya dengan apa juga cara, tidaklah mengapa yang tinggal (dari kesan tatu itu), bolehlah dia melakukan ibadat seperti sembahyang sebagaimana orang Islam yang lain bersembahyang."

Perkara ini sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 286, bermaksud: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan diusahakannya dan ia menanggung dosa kejahatan diusahakannya.."

Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)


Perkataan TUSUKAN yang diterangkan disitu jelas menyatakan cara pemakaian tatoo. berbeza sama sekali dengan cara pemakaian inai yang tiada sebarang kesakitan atau penyiksaan.

Jauhilah aku dari sebarang kemusykilan dan kemungkaran..Sesungguhnya aku tidak mahu tergolong dalam golongan yang bersubahat.. Nauzubillah..

Wallahu ‘alam..




BUTIK PENGANTIN DANIA © . Designed by MaisarahSidi.com