SOALAN LAZIM



Majlis saya akan dibuat di MELAKA, adakah pihak katering boleh ke sana?
  • Boleh..untuk tempahan luar kawasan .TERHAD UNTUK PAKEJ ALL IN ONE SAHAJA.
  • caj pengangkutan tambahan akan dikenakan.
Macam mana nak buat ‘Test Food’?
  • Pada masa ini sesi Test Food hanya kami jalankan selepas bayaran deposit anda kami terima. Anda tidak perlu khuatir kerana selepas selesai sesi Test Food anda akan diberikan tempoh selama 1 minggu untuk berbincang bersama keluarga & membuat keputusan. Sekiranya anda membatalkan tempahan dalam tempoh masa 1 minggu selepas sesi Test Food tersebut maka kami akan pulangkan semula deposit anda sepenuhnya.
Bila masa yang sesuai untuk saya buat tempahan? Adakah pihak katering terima tempahan ‘Last Minute’?
  • Jika majlis anda dibuat pada musim cuti persekolahan, adalah baiknya anda membuat tempahan 4-6 bulan sebelum majlis. Sekiranya majlis anda bukan di waktu puncak (Peak Hours) tempoh 3-4 bulan sebelum adalah yg terbaik. Bagi tempahan saat akhir, kita perlu lihat keperluan majlis anda terlebih dahulu & sekiranya ada kekosongan pihak kami masih boleh menerima tempahan anda.
Untuk Pakej Dewan, adakah sewaan dewan sudah termasuk sekali?
  • Pihak kami tidak menawarkan dewan, sewaan dewan atau khidmat menempah dewan untuk perkahwinan. Penyediaan dewan perlu dilakukan sendiri oleh pihak tuan rumah. Pakej yg disediakan adalah tidak termasuk sewaan dewan.
Macam mana saya nak tahu berapa bilangan makanan yg patut saya tempah?
  • Berdasarkan melalui pengalaman & pengamatan kami, maka kami simpulkan disini kaedah pengiraan yang disyorkan untuk rujukan anda. Anda cuma perlu darabkan dengan 2.5 pax bagi setiap kad kahwin yang telah diedarkan. Contoh : Kad kahwin diedarkan, 400 kad x 2.5 pax = 1000 pax. Maka tempahan yang perlu dibuat adalah sebanyak 1000 pax. Anda boleh tambah 10% – 20% menu utama atau menu sampingan sebagai persediaan sekiranya anda khuatir makanan tidak cukup. Walaubagaimanapun adalah disarankan untuk anda bincangkan bersama pihak keluarga terlebih dahulu bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.
Sekiranya saya ambil pakej katering khemah, bilakah khemah akan dipasang & susun atur kerusi meja dibuat?
  • Pihak kami akan memasang khemah seawalnya 2 hari sebelum majlis & selewatnya 1 hari sebelum majlis. Kami amatlah menggalakkan agar anda memaklumkan kpd jiran-jiran anda tentang pemasangan khemah sekiranya anda tinggal di taman perumahan untuk melancarkan lagi kerja-kerja pemasangan dilakukan nanti.
  • Kerusi & meja tetamu, meja buffet serta meja makan beradab akan disusun lebih awal iaitu pada sebelah malam sebelum kenduri antara jam 8pm – 11pm untuk mengelakkan keadaan kelam kabut keesokan harinya. Sekali lagi sila pastikan anda memaklumkan kpd jiran tetangga supaya segala persiapan majlis boleh berjalan dgn lancar.
Majlis saya dibuat di dewan, jadi bilakah pihak katerer akan datang untuk setup segala kerusi, meja dsb?
  • Untuk di dewan pula sila pastikan apabila anda menyewa dewan anda turut memaklumkan kpd pihak yg menyewakan dewan untuk membenarkan pihak katerer menghantar segala peralatan & kelengkapan seawal jam 5 petang @ selewatnya jam 8 malam 1 hari sebelum majlis berlangsung.  Contoh : Majlis anda pada hari Sabtu, jadi anda perlu memaklumkan kpd pihak yg menyewakan dewan utk membenarkan pihak katerer menghantar segala kelengkapan majlis pada hari Jumaat seawal jam 5 ptg @ selewatnya jam 8 malam. 
  • Bagi dewan yg hanya membenarkan penghantaran barang & susun atur dibuat selepas jam 11 malam, caj tambahan sebanyak RM200 akan dikenakan kpd pihak pengantin bagi menanggung kos tambahan utk bayaran pekerja.
  • Anda perlu memastikan susun atur boleh dibuat 1 hari sebelum majlis dgn memaklumkan perkara tersebut kpd pihak yg menyewakan dewan. Caj tambahan sebanyak RM500.00 akan dikenakan sekiranya susun atur hanya boleh dibuat pada sebelah pagi hari majlis oleh kerana kami terpaksa membawa pekerja tambahan dsb.
Dewan yang saya sewa tu dah ada siap dengan kerusi & meja..jadi apa yang saya perlu tahu?
  • Sekiranya dewan yg anda sewa itu telah pun mempunyai kerusi & meja yg cukup, sila pastikan pihak dewan mengeluarkan meja tersebut & meletakkannya di dalam dewan pada jam 5 petang 1 hari sebelum majlis utk pihak katerer gunakannya nanti. 
  • Anda juga perlu memastikan dgn pihak yg menyewakan dewan selewatnya 1 minggu sebelum majlis, sama ada mereka membenarkan pihak katerer utk melekatkan kain/skirting di keliling meja mereka menggunakan ‘staples’ atau pun tidak. Sekiranya tidak dibenarkan maka pihak katerer akan membawa meja sendiri & caj tambahan sewa meja akan dikenakan kpd pihak pengantin mengikut bilangan meja yg akan digunakan.
Kalau saya tempah makanan sebanyak 1000 pax, ada bagi extra tak?
  • Bagi setiap tempahan, pihak kami hanya menyediakan 10% extra untuk nasi & 5% extra untuk masakan ayam.
Jika makanan yg ditempah tak cukup/habis lebih awal, adakah pihak katering boleh memasak lauk tambahan?
  • Bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku, adalah dicadangkan pihak tuan rumah turut menempah/menyediakan juga makanan tambahan spt Bubur, Bihun Sup, Laksa dsb utk menjamu terlebih dahulu tetamu yg telah hadir bagi menggantikan lauk yg telah habis.
  • Kami tidak membawa /menyediakan peralatan memasak di tempat majlis, oleh itu sekiranya pihak tuan rumah perlukan lauk tambahan, kami akan cuba sedaya upaya utk dapatkan dari kedai-kedai yg terdekat dgn bayaran dr pihak tuan rumah sendiri.
Macam mana pula kalau sekiranya terjadi makanan yg disediakan pihak katering rosak semasa majlis atau menyebabkan keracunan?
  • Pihak kami akan menggantikan semula makanan yg rosak dgn makanan lain yg bersesuaian & akan memulangkan keseluruhan harga bagi lauk yg rosak tersebut.
  • Bagi keracunan pula, sekiranya dapat dipastikan & disahkan keracunan adalah disebabkan makanan kami, maka kami akan memulangkan keseluruhan wang anda.
Majlis saya bermula jam 11.00 pagi oleh kerana ada tahlil, jadi pukul berapa pihak katering akan sampai?
  • Krew kami biasanya akan tiba di tempat majlis 2 jam lebih awal & makanan pula akan tiba 1 jam sebelum majlis bermula.
  • Sekiranya anda ingin memulakan majlis lebih awal dari jam 12 t/hari sila maklumkan kepada kami untuk kami aturkan semula jadual kami.
Bagaimana pula sekiranya meja & kerusi tak cukup oleh kerana kedatangan tetamu yg terlalu ramai dlm satu masa?
  • Kami amat menggalakkan pihak tuan rumah mengambil meja & kerusi tambahan apabila membuat tempahan sebagai persediaan sekiranya tetamu datang terlalu ramai dalam satu masa.
  • Sediakan sudut melepak/bersembang berasingan bagi tetamu yg sudah selesai makan yg ingin berbual dgn rakan agar tidak duduk terlalu lama di meja makan yg disediakan & memberi peluang kpd tetamu yg baru sampai utk makan.
Sekiranya ada makanan yg lebih setelah selesai majlis, apa yg pihak katering akan buat?
  • Pihak tuan rumah perlu sediakan bekas utk kami isikan dgn semua lauk yg lebih. Pihak kami tidak akan membawa balik apa jua makanan yg lebih & semuanya akan diberikan kpd tuan rumah.
Pembersihan selepas majlis tu macam mana?
  • Pembersihan selepas majlis hanya dilakukan di kawasan tempat majlis berlangsung sahaja & pihak tuan rumah perlu menyediakan peralatan kebersihan yg bersesuaian.
  • Majlis di dewan – kami akan bersihkan kawasan berlangsungnya majlis cth bahgn dalam dewan. Pembersihan tak termasuk mop semula lantai dewan. Segala sampah dr sisa makanan akan di bungkus & dibuang oleh pihak kami.
  • Majlis di rumah – pembersihan hanya di bawah khemah & tempat pencucian. Segala sampah dr sisa makan akan di bungkus & dibuang oleh pihak kami.
Setelah majlis saya selesai bilakah khemah, kerusi & meja akan dibawa keluar?
  • Kerusi & meja yg digunakan semasa majlis akan dipunggah & disusun di satu sudut. Pihak kami akan mengeluarkan semua barangan tersebut pada keesokan harinya atau selewatnya 2 hari selepas majlis.
  • Manakala utk peralatan sajian, pinggan mangkuk dsb, semuanya akan dibawa balik pada hari yg sama iaitu selepas majlis anda selesai. 
 Adakah harga yg ditawarkan masih boleh dirunding?
  • Harga yg kami tawarkan adalah harga terbaik yg dapat kami berikan & adalah tetap. Walaubagaimanapun kami ada menjalankan promosi dari masa ke semasa yg membolehkan anda menikmati pelaburan yg lebih berbaloi.
Berapa orang pekerja yg disediakan untuk majlis?
  • Bergantung kepada kuantiti tempahan. Contoh : 1000 pax – 10 hingga 12 org pekerja.
Kek yg diberi dalam pakej jenis macam mana & boleh buat design sendiri tak?
  • Kek yg dibekalkan dalam pakej adalah dari jenis buttercream & design kek sudah pun disediakan. Sekiranya ingin membuat design sendiri caj tambahan akan dikenakan.
Security deposit diperlukan ke?

  • Ya,sekiranya anda telah mengesahkan pakej yang hendak diambil,security deposit diperlukan jika,ada alatan pelamin yang rosak,baju pengantin rosak atau dipulangkan lewat lebih daripda waktu yang diberikan.walau bagaimanapun jika tiada apa-apa duit security deposit akan dipulangkan semula untuk anda.


Masih ada persoalan yg merungsingkan kepala anda? Hubungilah kami untuk bertanya lebih lanjut..
UNTUK PERTANYAAN & TEMPAHAN SILA HUBUNGI
WHATSAAP 0147324987

3 comments:

  1. Kalau kerusi(atas pelamin) rosak@ patah d sbb kn saudara mara ddk time ambk gmbo perlu ke pengantin tu byr?? @ cmne?? Mohon penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kehilangan kerosakan adalah dibawah tanggungjawab pada pengantin..

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

BUTIK PENGANTIN DANIA © . Designed by MaisarahSidi.com