Majlis
berinai kecil lazimnya diadakan pada sebelah petang kira-kira tiga malam
sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Bakal pengantin perempuan akan
dihiasi dan duduk di atas pelamin dengan persalinan umpama seorang puteri
raja. Majlis ini akan melibatkan saudara mara terdekat sahaja.
|
|
Majlis
berinai yang lebih meriah ialah istiadat berinai besar. Majlis berinai
lazimnya dijalankan pada sebelah malam sebelum majlis perkahwinan sebenar
atau selepas majlis akad nikah. Majlis berinai besar adalah lebih meriah
kerana ianya melibatkan lebih ramai hadirin terutamanya para jemputan
khas daripada kedua-dua belah kaum keluarga pengantin.
|
|
Dalam majlis
berinai pengantin perempuan akan dipakaikan inai pada kesemua jari tangan,
kaki serta pada tapak tangan.
|
|
Pengantin
lelaki pula lazimnya hanya diinai pada jari kelingking, jari manis dan jari
hantu pada sebelah tangan sahaja.
|
|
Istiadat
berinai besar bermula dengan para tetamu lelaki naik ke pelamin untuk
membuang sedikit nasi kunyit pada sebelah kiri kanan pengantin lelaki.
|
|
Kemudian
dilakukan dengan bertih, diikuti oleh tangkai daun wangi yang dicelupkan ke
dalam air daun setawar dan kemudian digunakan untuk menyentuh kedua-dua
belakang tangan pengantin lelaki. Akhir sekali, tetamu berkenaan akan
mengambil sedikit pes inai dari longgok di tengah dulang dan selepas
meletakkannya pada daun sirih yang disediakan oleh ibu pengantin, akan
meletakkannya pada tapak tangan pengantin lelaki.
|
|
Pada masa
sekarang adat berinai kini jarang diamalkan. Mungkin kerana merasakan tiada
kewajaran majlis berinai sedemikian diadakan memandangkan ia melibatkan
faktor masa dan kos yang berlebihan.
|
|
Zaman
sekarang ini berinai masih lagi dipraktikkan namun ia hanyalah melibatkan
pemakaian inai kepada kedua-dua pengantin yang boleh dilakukan oleh sesiapa
saja samada kaum keluarga atau kawan rapat pengantin. Pemakaian inai lazimnya
dilihat acara suka-suka.
|
|
Tentu
ramai yang setuju jika dikatakan bakal mempelai kalau tidak dipakaikan inai
seolah-olah tidak lengkap perhiasannya.
|
|
Malahan,
ada kelebihannya juga contohnya sewaktu mendaftar atau check-in di mana-mana
hotel ketika berbulan madu, mungkin boleh dapat diskaunatau setidak-tidaknya
menerima hadiah kek sebagai penghargaan daripada pihak hotel yang prihatin.
|
PAKEJ MALAM BERINAI
BAJU LENGGA
BAJU SONGKET
BAJU JAWA
GAUN & KOT
0147324987
No comments:
Post a Comment