5 April 2012

Penyambut tetamu penting dalam majlis kahwin

Assalamualaikum . 

Seperti yang kita tahu dalam majlis terutamanya majlis perkahwinan, penyambut tetamu memainkan peranan penting untuk tetamu-tetamu yang hadir. Penyambut tetamu atau 'usherette' merupakan individu yang ditugaskan untuk berperanan sebagai penyambut, penunjuk arah dan pengiring tetamu ke dalam dewan atau ke tempat duduk .


Penyambut Tetamu Yang Baik .
Bagi anda yang bakal melansungjan majlis perkahwinan, anda juga perlu tahu ciri-ciri penyambut tetamu yang baik apatah lagi jika majlis perkahwinan anda mempunyai tetamu jemputan yang penting. Penyambut tetamu penting sebagai endokong imej sesuatu majlis, jadi amat penting penyambut tetamu menonjolkan imej dan bertingkah laku baik .

Kritertia penyambut tetamu yang baik ialah
  • Memiliki perwatakan yang baik dan menarik .
  • Tingkah laku sopan dan berbudi bahasa.
  • Pergerakan pantas - mampu melaksanakan tugas dengan cekap 
  • Sabar dan tidak cepat marah
  • Mahir dalam teknik menyambut iaitu tatacara menyambut dalam pelbagai situasi
  • Sentiasa melemparkan senyuman 
  • Pandangan tepat dan tidak juling
  • Tahu susunan tempat duduk 
  • Mengetahui aturcara majlis
  • Tahu protokol 
Bidang Tugas
Untuk memastikan majlis anda berjalan lancar, pastikan setiap penyambut tetamu yang anda lantik tidak kiralah di kalangan keluarga, saudara mara atau pun rakan-rakan mengetahui bidang tugas mereka . Penyambut tetamu mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan kelancaran majlis .

Tugas-tugas penyambut tetamu adalah  :

  • Menyemak senarai jemputan yang akan hadir dengan tempat duduk yang telah ditentukan 
  • Mengenali / mengetahui tetamu yang akan hadir 
  • Menyambut ketibaan tetamu 
  • Mengedarkan aturcara kepada tetamu 
  • Menunjuk dan mengiringi tetamu ke tempat duduk
  • Memberi apa-apa maklumat yang diminta tetamu
  • Membantu tetamu dalam pelbagai hal yang mampu
  • Menjaga ketenteraman majlis
  • Menjaga keselesaan tetamu 
:) 

No comments:

Post a Comment

BUTIK PENGANTIN DANIA © . Designed by MaisarahSidi.com