Followers

SILA LENGKAPKAN FORM INI UNTUK DAPATKAN SEBUT HARGA

NAMA:
ALAMAT EMAIL:
NO TEL/HP
TARIKH MAJLIS
LOKASI MAJLIS
KONSEP & TEMA MAJLIS
BUDGET MAJLIS(MAX)
SILA TANDAKAN PERKHIDMATAN YANG DIPERLUKAN PAKEJ LENGKAP(KATERING/KHEMAH/ANDAMAN RUMAH)RM13.90
PAKEJ LENGKAP (KATERING/DEWAN/ANDAMAN DEWAN)RM14.90
PAKEJ RUMAH
PAKEJ DEWAN
PAKEJ TUNANG
MINI PELAMIN NIKAH/TUNANG
BAJU TUNANG
BAJU BERSANDING LP
PELAMIN BERSANDING-DEWAN
PELAMIN BERSANDING-RUMAH
PELAMIN BERSANDING-BWH KHEMAH
AKSESORI LENGKAP
HIASAN BILIK TIDUR
HIASAN TANGGA
HIASAN MEJA BERADAP
WALKWAY
KATERING
KHEMAH
FOTOGRAFI
MAKE UP TUNANG
MAKE UP NIKAH
MAKE UP SANDING

Form provided by Freedback.

Saturday, 22 September 2012

MAJLIS RESEPSI DEWAN RISDA VINTAGE HOME

Nama Pengantin: Marliyana& Syafiq
Majlis: Dewan Risda

Alhamdullilah selesai majlis pengantin "twins" saya yang sorang ni.Orangnye putih mulus mcm saya..hahaha ok dah perasan.Kak Mar ini dah nikah awal dan masa ni pun dah pregnant.Best sangat sebab kak mar ni lemah lembut sangat.Masa perbincangan Kak Mar pilih dress sanding baru warna putih combine dengan suaminya yang pakai tuxedo..korang rasa??? tak mengancam ke ala2 james bond la pulak.Konsep perkahwinan diorang ini memang serah bulat2 dengan ikin sebab diorang tak nak bersanding cukup ruang untuk ambil gambar mcm photobooth gitu.disebabkan majlis resepsi  bersama dengan kakak iparnye Kak Nurul.Dress pun kedua-dua pengantin memilih putih memang cun sesangat ditambah pulak dengan konsep vintage home garden dekat dewan risda ni memang jadi tumpuan ramai sebab bersanding di atas katil!!!
Semua tertanya camne ikin boleh fikir idea nak guna katil ni.Katil ni memang dah ada dalam bilik ikin kat rumah memang dulu berangan nak bersanding atas katil..sekali pengantin saya yang rasmikan dulu.

Antara koleksi gambar yang boleh korang cuci mata.Kak Mar dah pesan dengan ikin awal2 nak style make up ala-ala sweet pink gitu dan tak nak over macam make up nikah die dulu yang terlalu smocky bagi die.jadi ikin ikut kan jelah..











Thursday, 20 September 2012

MAKE UP NIKAH TAMAN MELATI SETAPAK

Nama Pengantin: Nurul Aida & Muhamad Arsyad

Pengantin ku kali ini kak Nurul yang cantik lagi ayu gitu..Senang sangat berurusan dengan kak Nurul.Kak Nurul ni amik make up nikah dan sekali pakej untuk pelamin dewan,baju dan make up sanding sekali..
Masa datang rumah kak Nurul nampak kucing dari jauh yang besar2 tau..dah kecut perut dah la penakut kucing..nasib baikla..kucing ini tak buat perangai..hahaha memang kelakar..

Then ekin terus fokus make up..masa datang tu pun dah plan nak make up classic dan ekin tak cukur kening pun untuk kak nurul sebab request dari die. majlis bermula malam lepas isyak..Jom kita tengok gambar..














ME & KAK NURUL




TAHNIAH KAK NURUL..
CANTIK KAK NURUL MALAM TU..

Tuesday, 18 September 2012

CLASS MAKE UP WITH MY SIFU EZZAT ZIKRY

Mula la kann..cerita pasal bab-bab clas make up ni..nak memperkenalkan antara sifu yang saya berguru untuk memantapkan lg skill make up saya.Jangan rasa diri tu dah tinggi bebenar kalau dapat jadi make up artist untuk program tv..sebab saya pun bermula dari bawah untuk jadi make up artist..nak kata pro tu saya rasa belum layak lagi sebab make up artist yang legends pun tak pernah kata diri die tu  pro.Key word untuk make up kita lebih cantik berguru la dengan mentor kita,,selalu keep in touch dan yang paling penting "jangan hina make up org lain walau cmne teruk pun sebab ia adalah salah satu cermin diri kita"..saya pun masih belajar dan akan selalu belajar.Class ni saya amik masa saya tak da job wedding untuk memenuhi masa lapang.Antara gambar yang saya boleh kongsi








PERNIKAHAN DAN PERSANDINGAN BABY BLUE

Salam semua..pengantin ni adalah sepupu ku nama dia Aminah..takde bersanding pun cuma buat majlis makan beradap je.semua hantaran hiasan bilik tidur semua pengantin buat sendiri kahkahkah..saya datang bawa diri je dan make up untuk dia.senang kan keje tapi jauh perjalanan sebab pengantin di mersing johor tu..
Biasalah sambil bercuti kita buat keje kan..Sepupu ku ini cuma amik make up dan sewa aksesori sahaja..
Malam nikah dan esoknya buat majlis makan beradap..

Antara gambar yang encik photographer ni amik..thanks ye sebab sharing






masa majlis makan beradap pulak...





make up yang soft n natural..
apa2 pertanyaan leh sms/call saya 0147324987

Wednesday, 12 September 2012

TEMA PENGANTIN WARNA WARNI PAPER LANTERN

Alhamdullilah berpeluang lagi untul update latest pengantin kali ni.Kali ni tema yang amat menyeronokkan sebab warna warni.Semua warna ada korang rasa??? Ekin buat dekorasi khemah banyak tu dalam 10 khemah..semua ekin pasang paper lantern..buat keje bersama dengan my bestfriend "hidayah"..belajar account tetiba kena buat benda cmni..takpelah demi kwn baik kan.kiteorang bermalam kat jasin satu malam je.Hotel semua disediakan memang terharu dengan tuan rumah.
Ni antara gmbr yang ekin boleh kongsikan

Tema:Warna warni
Perkhidmatan: Dekorasi 10 khemah,Make up Sanding, Dekorasi Bilik Tidur








Twins of EKIN kihkih

lepas majlis tu baru ekin sedar,xsnap gambar dekorasi bilik tidur..adoi frust betul.xpela next time belajar dari kesilapan.Apa lagi ye tema pengantin kali ni nak yang pelik2 la hehe





Monday, 10 September 2012

PELAMIN GARDEN BUNGA JURAI

Tarikh:1 September 2012
Tempat:Cheras
Perkhidmatan:Pelamin Rumah sahaja

NAK BAGI HADIAH LA...
PROMOSI PROMOSI !!PELAMIN RUMAH GARDEN PANEL BULAT..
HANYA RM1200 UNTUK BULAN OKTOBER &DISEMBER 2012 SAHAJA
KAMI BAGI HARGA RM999 UNTUK MEREKA YANG BOOKED
LAST DAY 30 SEPTEMBER 2012PM/SMS 0147324987/0129368467



while work in progress





*memang penat set up pelamin ni tapi benda tulah yang saya minat :)

warna purple pilihan pengantin,,rumah ni rendah sangat sepatutnya plan asal kerusi yang xde sandar belakang tapi disebabkan mak pengantin nak sangat kerusi ni ada sandar jadi kami pasangkan jugak..
customer always right!! ikut jelah

selamat mencuci mata by BUTIK PENGANTIN DANIA

PELAMIN DEWAN FRAME

Antara pelamin terbaru yang terdapat di butik pengantin dania.Rona ungu dan merah jambu sangat sesuai buat pengantin.Dewan ini agak gelap tapi tambahan lighting yang sesuai juga gubahan bunga yang tidak terlampau sarat membuat sesuatu dekorasi pelamin sangat eksklusif.

Perkhidamatan kami : Dekorasi Pelamin dewan, laluan pengantin red carpet & flower stands, pintu gerbang dan hiasan meja beradap semua dalam satu pakej








TIPS: untuk dapatkan dekorasi yang cantik kalau boleh ambil sekali pakej dewan yang disediakan supaya tidak lari konsep yang diiginkan.Selain daripada itu berbincang dengan wedding planner anda mengikut bajet yang sesuai biasanya kos untuk pelamin dewan agak tinggi tapi anda masih boleh dapat dengan harga berpatutan dengan mengambil sekali "pakej dewan" semua dah ada!! senang kan

Anda juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Dania Bridal